Wednesday, August 25, 2010

Majlis Tahlil, Berbuka Puasa & Sembahyang Terawih

Dengan hormat sukacita dimaklumkan kepada semua ahli keluarga HHBO bahawa Majlis Tahlil, Berbuka Puasa seterusnya sembahyang terawih sempena bulan Ramadhan 1431H / 2010M secara bergilir-gilir akan diadakan pada tarikh berikut :- Pada: Hari Sabtu Tarikh: 25 Ramadhan 1431H / 4 September 2010 
Aturcara Majlis: 5.00 petang Kehadiran Ahli Keluarga HHBO 5.50 petang Majis Tahlil 6.26 petang Berbuka puasa / bersungkai seterusnya sembahyang Maghrib berjemaah 7.36 malam Sembahyang Isya' seterusnya sembahyang terawih berjemaah
di atas kehadiran ahli keluarga HHBO ke Majlis tersebut itu nanti tidak lupa diucapkan berbanyak-banyak terima kasih. "SELAMAT BERPUASA" Yang berharap Awang Mazlan bin Haji Hamdani & Isteri serta keluarga

Monday, August 16, 2010

Majlis Bersungkai Keluarga HHBO

Dengan hormat sukacita dimaklumkan kepada semua Ahli keluarga HHBO, Majlis Bersungkai bagi keluarga HHBO akan diadakan pada tarikh berikut:-

Pada:
Hari Khamis

Tarikh:
8 Ramadhan 1431H bersamaan 19 Ogos 2010

Jam:
4.30 petang

Bertempat:
Rumah Bapa
STKRJ Lambak Kiri


Majlis ini juga diselajurkan dengan......
  • Sembahyang Terawih
  • Bertadarus dan seterusnya Tahlil
  • Perbincangan bagi Majlis Khatam Al-Quran sempena Bulan Ramadhan 1431/2010 bagi keluarga HHBO yang insyallah akan diadakan pada 28 Ogos 2010.

*kepada peserta-peserta khatam adalah dikehandaki / dimestikan membawa kertas bacaan masing-masing pada tarikh tersebut.

Wednesday, August 11, 2010

Intisari Fadhilat Membaca Al-Quran

Berdasarkan riwayat-riwayat hadith menyatakan :

  • Membaca satu huruf itu satu kebajikan , Tiap satu kebajikan itu 10 kali ganda (Riwayat: Tirmizi)

  • Mendengarkan satu ayat daripada Kitab Allah baginya kebajikan berlipat ganda

  • Barangsiapa membaca al-Quran , baginya cahaya di Hari Qiamat (R. Ahmad daripada Abu Hurairah )

  • Diberi Syafaat di Hari Qiamat (R. Muslim)

  • Allah akan menurunkan ketenangan , diliputi oleh rahmat Allah dan dikerumuni oleh malaikat ( R. Muslim)

  • Pengamal dan pembaca al-quran akan di pakaikan ibu bapanya sebuah mahkota di hari kiamat yang cahyanya nya lebih baik daipada cahya matahari .(R. muslim abu daud dan al-hakim).

  • Allah menjadikan mereka kaum keluarga allah dan orang-orang pilihan hampir kepadaNYA (R.an nasai dan ibnu majjah dan al hakim)

WAKTU DI SUNATKAN MEMBACA AL-QURAN

  • Pada waktu malam, (sangat di sunatkan)

  • Waktu yang mustajab (elok) di antara waktu solat magrib dan isyak

  • Waktu siang yang afdal (utama) selepas solat subuh

HARI YANG SANGAT DISUNNATKAN MEMBACA AL-QURAN

  • Hari Jumaat

  • Hari Isnin

  • Hari Khamis

  • 10 malam terakhir Bulan Ramdhan

  • Lebih baik sepanjang Bulan Ramadhan

KHATAM AL-QURAN

Di suruh dan digalakkan berkumpul beramai-ramai pada waktu mengkhatamkan al-Quran
Berdoa setiap kali al-Quran dikhatamkan

Dalam Riwayat yang sah bahawa:

‘Allah SWT menurunkan rahmat pada masa dikhatamkan al-Quran ‘

Riwayat daripada Hamid al-I’raaj:

Barangsiapa yang membaca al-Quran kemudian berdoa, akan diaminkan oleh 4,000 malaikat

Riwayat daripada Talhah bin Mutuf al-Tabi’ie ;

Barangsiapa yang mengkhatamkan al-Quran pada bila-bila masa di waktu siang maka malaikat mengucap selawat kepadanya hingga waktu malam ,begitu juga sebaliknya

Riwayat lain pula orang yang menyaksikan Khatam al-Quran, seolah-olah ia menyaksikan jihad fi sailillah.


Sumber Rujukan : Fadhael Al-Quran ,Kemuliaaan membaca al-Quran ,1994


ولله اعلم

“SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN"

DAN

"SELAMAT BERPUASA”

Lawatan Ahli Persatuan Bekas Perajurit ke RTB

Rujukan: GEMA, Jun 2010/Muharram 1431, Jilid: 10, Bil: 6/2010

Tuesday, August 10, 2010

Borneo Bulletin & Media Permata: Selasa, 10 August 2010

Mesyuarat Bulanan Penghulu & Ketua-Ketua Kampung
Mukim Berakas 'A'

Rujukan: Borneo Bulletin, Selasa 10 Ogos 2010

Pembinaan Rumah Bantuan Penduduk Kampung Lambak 'B'

Rujukan: Media Permata & Borneo Bulletin, Selasa 10 Ogos 2010

Friday, August 06, 2010

MAJLIS KHATAM AL-QURAN SEKOLAH UGAMA YSHHB



Pada 24 Sya'aban 1431H / 5 Ogos 2010M telah diadakan majlis Khatam Al-Quran bagi murid-murid darjah VI bagi sekolah Ugama Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Brunei II iatu Dyg NurKhairunnisa Fakhriyah binti Haji Sofian. ianya diadakan di sekolah Ugama YSHHB. Turut serta bagi majlis Khatam Al-Quran ialah cucunda Kebawah Duli Yang Mulia baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah iaitu YAM Pengiran Anak Raheemah Sanaul Bolkiah.

Sunday, August 01, 2010

Tahniah kepada Nuramalina bte Omar

Tahniah diucapkan kepada Nuramalina bte Omar kerana telah menerima sijil dan hadiah bagi murid-murid cemerlang dalam bidang sukan dan akademik, sekolah sukan Brunei Darussalam bagi tahun 2008-2009. Majlis berkenaan telah diadakan pada 31 Julai 2010 bertempat di Centerpoint Ballroom, Gadong........... 'Maju Sukan Untuk Negara' hahaha......