Tuesday, June 22, 2010

Majlis Doa Kesyukuran & Ramah Mesra Keluarga Sempena Hari Ulang Tahun HHBO Ke-68

Pada 19 Jun 2010 telah diadakan Majlis Doa Kesyukuran dan Ramah Mesra bersama keluarga HHBO dan Ahli-ahli Jawatankuasa Majlis Perundingan Kampung sempena Hari Ulang Tahun HHBO ke-68. Majlis tersebut diadakan di Mangrove Paradise Resort di Kampung Sungai Belukut, Jalan Kota Batu.

Berikut adalah slide gambar kenangan majlis berkenaan.

Monday, June 14, 2010

Suasana Sambutan Hari Ulang Tahun HHBO Ke-68 Part I


Pada 13 Jun 2010, Keluarga HHBO telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Ulang Tahun Ayahanda Ke-68 bagi tahun 2010. Sambutan ini adalah merupakan salah satu perancangan kegiatan keluarga HHBO dalam bulan Jun 2010.

Sambutan ini juga diselajurkan dengan Sambutan Hari bapa & Hari Ibu yang mana sambutan hari bapa akan diraikan dalam bulan Jun (20 Jun 2010) ini juga manakala sambutan hari ibu juga diteruskan yang telah disambut & diraikan pada 9 Mei 2010.


Antara atur cara yang telah dirancang bagi majlis sambutan ini.


Acara dimulakan dengan bacaan Surah Al Fatihah & Doa Kesyukuran yang diketuai oleh YM Hj Zulkhairi HB dan Acara diteruskan dengan Ucapan Alu-aluan oleh Anak Sulung HHBO YM Omar HH.


Biodata ringkas & Latarbelakang HHBO disampaikan dan dibacakan oleh Nur Amalina Omar.

Ucapan & kata-kata nasihat daripada Ayahanda HHBO


Penyampaian Hadiah kepada yang diraikan oleh Roslan HH & Bahrin HH (wakil keluarga HHBO)


Sesi berziarah HHBO bersama keluarga masing-masing


Acara Persembahan Bermula.

Persembahan dimulakan dengan persembahan cucu perempuan 4thn ke atas (Farwizah, Nahirah & Misha) Bacaan Surah Fatihah, Al-Ikhlas, An Nas

Acara Memotong Kek & seterusnya menyaksikan Slide Show gambar kenangan 68 tahun HHBO


Persembahan Cucu lelaki 9 tahun keatas (Hamzi, Syafie, Zulhilmi, Fakhri & Haziq)

Persembahan Tarian "Cek Mek Molek" Cucu perempuan HHBO 14 tahun keatas Saajidah, Fakhriyah & Nazirah


Mendeklamasikan sajak "Ayahanda" yang disampaikan dan dicipta khas sempena Hari Ulang Tahun HHBO ke-68 oleh YM Hjh Salmah HI


Sebelum menikmati jamuan cucu perempuan 4thn ke atas (Farwizah, Nahirah & Misha) membaca Doa Sebelum Makan


Bersambung Part II bagi Sambutan Hari Bapa & Hari Ibu

Sunday, June 13, 2010

Tahniah Kepada Nurdiyana Omar & Khairul Faisal

Tahniah kepada Nurdiyana Omar kerana telah selamat melahirkan cahaya mata (lelaki) pertama pada 12 Jun 2010, jam 3.25 petang.

Kelahiran cahaya mata Khairul Faisal & Nurdiyana Omar merupakan cucu pertama Omar HH & Khirurinah dan cicit pertama HHBO.

Didoakan semoga Nurdiyana dan cahaya mata yang baru lahir akan sentiasa di dalam keadaan sihat walafiat dan berbahagia...Amin...

Friday, June 11, 2010

Sambutan Hari Ulang Tahun Ayahanda ke-68

Sambutan Hari Ulang Tahun Ayahanda Hj Hamdani bin Omar ke-68 akan diadakan.


Tarikh:
13 Jun 2010
Hari:
Ahad
Jam:
2.00 petang
Bertempat:
Rumah Ayahanda STKRJ Lambak Kiri

Sambutan ini juga diselajurkan dengan Sambutan Hari Bapa & Hari Ibu

Buat Ayahanda Selamat Hari Ulang Tahun ke-68. Didoakan semoga panjang umur dan murah rezeki... Amin