Friday, March 26, 2010

Tahlil Bulanan & Membaca Doa Angin Ahmar

Pada 25 Mac 2010 bertempat di rumah kediaman bapa YM Hj Hamdani telah diadakan tahlil bulanan bagi Allahyarhamah Dyg Hajah Fatimah binti Abdullah dan diselajurkan dengan membaca Doa Angin Ahmar. Acara ini di anjurkan oleh YM Dyg Sarimah HH dan keluarga.

Acara dimulakan dengan Sembahyang Isyak berjemaah, bertahlil dan seterusnya membaca Doa Angin Ahmar yang diketuai oleh YM Awg Haji Zulkhairi HB.

Monday, March 15, 2010

Jogathon / Walkathon @ Tapak Perindustrian Tanah Jambu


Pada 14 Mac 2010 diadakan aktiviti Jogathon / Walkathon bertempat di Tanah Lapang Tapak Perindustrian Tanah Jambu. Acara dimulakan dengan senam robik yang diketuai oleh Dyg Nuramalina binti Omar. Acara diteruskan dengan jogathon / walkaton sejauh 2.5km dan mengambil masa 30 minit. Sarapan pagi juga disediakan dan tidak ketinggalan cabutan tiket bertuah. Acara jogathon / walkaton diakhiri dengan sesi bergambar ramai.

Syabas dan terima kasih diucapkan kepada semua keluarga yang hadir bagi menjayakan aktiviti ini.

Sumber Rujukan: Majalah Keluarga HHBO
Bilangan 1/2010 (Januari-Mac 2010),
Terbitan: Hj Sofian HH