Sunday, February 28, 2010

Muzakarah Kedua

Muzakarah kedua bagi keluarga HHBO telah diadakan pada 28 Februari 2010 bertempat di rumah kediaman Mazlan HH. Adapun tujuan muzakarah ini diadakan adalah bagi membincangkan kegiatan dan aktiviti keluarga HHBO dari bulan Januari 2010 hingga Mei 2010.

Friday, February 26, 2010

Bermula Aktiviti / Kegiatan 2010: Pertandingan I-Slim HHBO

Pertandingan I-slim HHBO (Menurunkan Berat Badan) kali pertama selama 1 bulan telahpun diadakan 14 Januari 2010 hingga 14 Februari 2010 yang dianjurkan olehh YM Hj Sofian HH & Keluarga

Pada 14 Januari 2010 telah diadakan menimbang berat badan sebelum pertandingan bermula dan pada 14 Februari 2010 diadakan menimbang semula berat badan setelah berakhrinya pertandingan bertempat di rumah kediaman bapa YM Awg Hj Hamdani

Pada 25 Februari 2010 diadakan Majlis Tahlil bulanan bagi Allahyarhamah Hjh Fatimah binti Abdullah diselajurkan Majlis Doa Selamat, keputusan dan penyampaian hadiah bagi acara I-Slim HHBO 2010 bertempat di rumah kediaman YM Hj Sofian HH.

Pemenang I-Slim HHBO 2010 (Top 5)

  1. Pg Idris PHM - Turun 9.8kg
  2. Mazlan HH - Turun 5.3kg
  3. Md Nazirul Hazim - Turun 4.8kg
  4. Ak Nizamuddin - Turun 4.1kg
  5. Ainah HI - Turun 3.4kg

Tahniah kepada pemenang!!!!

Sumber Rujukan: Majalah Keluarga HHBO Bilangan 1/2010 (Januari-Mac 2010), Terbitan: YM Hj Sofian HH