Tuesday, July 27, 2010

TAHNIAH.... Ayahanda HHBO

Tahniah diucapkan kepada Ayahanda Awang Haji Hamdani bin Omar,
Ketua Kampong Skim Tanah Kurnia Rakyat Jati, Kampug Lambak Kiri & Kawasan Sekitarnya, Mukim Berakas 'A', Negara Brunei Darussalam kerana telah dikurniakan

Darjah Setia Negara Brunei
Yang Amat Bahagia Darjah Keempat
(P.S.B)

Oleh
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam

Sempena
Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Petuan Negara Brunei Darussalam ke-64

Pada
Hari Selasa, 15 Syaaban 1431 bersamaan dengan 27 Julai 2010


Daripada:
Saleha binti Haji Moksin
Omar bin Haji Hamdani & Isteri serta Keluarga
Pg Idris bin Pg Haji Mohid & Isteri serta Keluarga
Haji Kamis bin Haji Hamdani & Isteri serta Keluarga
Haji Sofian bin Haji Hamdani & Istri serta Keluarga
Roslan bin Haji Hamdani
Mazlan bin Haji Hamdani & Istri serta Keluarga
Haji Zulkhairi bin Haji Brahim & Isteri serta Keluarga
Haji Ali Sabahrin bin Haji Abd Ghani & Isteri serta Keluarga
Bahrin bin Haji Hamdani



ShoutMix chat widget

Monday, July 26, 2010

Majlis Ramah Mesra & Junjung Ziarah Bersama Rakyat sempena Hari Keputeraan KDYMM dan Yang Di-Pertuan NBD Ke-64 - Borneo Bulletin

Taman Haji Sir Muda Omar Ali Saifuddien, Bandar Seri Begawan, Ahad, 25 Julai - Keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzadin Waddaulah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bercemar duli berangkat ke Majlis Ramah Mesra & Junjung Ziarah Bersama Rakyat dan penduduk-penduduk Daerah Brunei dan Muara sempena Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan NBD Ke-64 dan berkenan menerima pesembah daripada Persatuan Bekas Perajurit Negara Brunei Darussalam.

Rujukan: Borneo Bulletin, Isnin, 26 Julai 2010

Friday, July 23, 2010

Majlis Tahlil Dan Doa Arwah

Majlis Tahlil dan Doa Arwah Keluarga salah satu perancangan kegiatan/aktiviti keluarga HHBO bagi tahun 2010 akan diadakn pada tarikh berikut. Pada: Har Ahad Tarikh: 20 Syaaban 1431 bersamaan dengan 1 Ogos 2010 Jam: 3.30 petang -4.30 petag 

Wednesday, July 21, 2010

SAMBUTAN HARI KELAHIRAN SALEHA KE-55 TAHUN





























Pada 20 July 2010 bertempat di rumah bapa telah diadakan sambutan hari kelahiran Dyg Saleha yang ke 55 tahun. acara dimulakan dengan sembahyang isya dan hajat berjemaah dan diteruskan membaca doa selamat yang diketuai oleh Ustaz Hj Zulkhairi bin Hj Brahim. acara malam itu diserikan lagi dengan pertandingan pakaian beragam oleh anak2 dan cucu-cucu HHBO. diakhir acara diadakan cabutan tiket bertuah.

Sunday, July 18, 2010

Borneo Bulletin & Media Permata

Pada 14hb July 2010 bertempat di Riverview hotel telah diadakan mesyuarat bagi penghulu dan ketua-ketua kampong mukim berakas A bagi membincangkan sambutan hari keputeraan KDYMM Paduka Seri Beginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah.

sila rujuk Borneo Buletin 15 July 2010 (Hj Hamdani Omar)


Pada 14hb July 2010 bertempat di Sekolah Menangah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah telah diadakan sambutan Israk Mikraj.

Sila rujuk media permata 15 July 2010 (Fakhriyah Sofian)

Tahlil Bulanan (bagi Bulan Jun 2010)

Pada Hari Ahad, 18 Julai 2010, Jam: 2.00 petang telah diadakan tahlil bulanan (bulan Jun 2010) bagi Allayarhamah Hajah Fatimah binti Abdullah. Majlis berkenaan telah dikendalikan oleh Haji Kamis HH & Isteri serta keluarga diadakan di rumah kediaman beliau bertempat di 'Darusaadah'. Majlis telah dihadiri oleh jiran-jiran terdekat & ke semua ahli-ahli keluarga HHBO.

Friday, July 16, 2010

Makan Malam di Istana Sempena Hari Keputeraan KDYMM ke 64 tahun



Pada 15hb Julai 2010 jam 8 malam di Istana Nurul Iman, Jalan Tutong . Makan malam ulang tahun KDYMM Paduka Seri Beginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah yang ke-64 tahun.

wajah-wajah ceria... jangan tekejut ada gambar ani .. heheee

Kongsisama Rancangan Khatam Al-Quran Di Bulan Ramadhan Bagi Keluarga HHBO

Pada 15 Julai 2010, Jam 11.00 pagi telah diadakan taklimat Rancangan Khatam Al-Quran di bulan Ramadhan bagi Keluarga HHBO (Anak & Cucu) yang telah disampaikan oleh Sarimah HH. Beliau telah menerangkan mengenai tujuan / Matlamat Majlis berkenaan diadakan. Di samping itu beliau juga menerangkan makna Khatam Al-Quran dan antara program-program yang akan dijalankan sebelum / sepanjang Majlis Khatam Al-Quran diadakan yang akan bermula dari awal bulan Ogos (Sepanjang bulan Ramadhan).

Berikut adalah kandungan taklimat berkenaan dan senarai peserta khatam bagi keluarga HHBO.












*sila klik untuk memuat turun

Sunday, July 11, 2010

Membersihkan tanah perkuburan Kg Pulaie








pada 11hb Julai 2010 Jam 8:00 pagi telah diadakan aktiviti keluarga HHBO iaitu membersihkan tanah perkuburan Kg Pulaie iaitu Khusus bagi perkuburan Allahyarhamah Dyg Hjh Fatimah binti Abdullah.

Tuesday, July 06, 2010

Muzakarah Keluarga HHBO Kali Ke-5


















Muzakarah keluarga kali ke-5 bagi keluarga HHBO diadakan bagi membincangkan kegiatan-kegiatan keluarga HHBO dalam bulan Ramadhan & Syawal 1431H/2010M.

Pada:
5 Julai 2010 (Isnin)

Jam:
7.30 Malam

Bertempat:
Rumah Bapa, STKRJ Lambak Kiri

Dikendalikan oleh:
Haji Sofian HH

AGENDA

A. PROGRAM DI BULAN RAMADHAN
  • Tahlil Doa Arwah - Tarikh, Masa, Katering, Kutipan
  • Ziarah Kubur
  • Sembahyang Terawih di rumah-rumah
  • Bersungkai
  • Tedarus (Khatam)
  • Bersahur

B. PROGRAM BULAN SYAWAL (HARI RAYA)

  • Ziarah Kubur
  • Takbir Raya
  • Ziarah Ke Istana
  • Sambutan Hari Raya
  • Baju Hari Raya (Sedondon Bagi Perempuan)
C. BLOG HHBO

D. LAIN-LAIN HAL