Tuesday, November 02, 2010

FAMILY TRIP (KK OR MIRI)

Assalammualaikum semua,

sukacita dimaklumkan mengenai perkara diatas. ani planning pulang ni, tapi kalau diteruskan ok jua, mau bercuti ke KK atau MIRI menggunakan bas bagi bulan December 2010 (cuti sekolah).

Ada ku tanya syarikat perkhidmatan bus seperti harga dibawah:

bus seater 22 org - 25 org - 44 org

destination
Miri $280.00 - $ 300.00 - $500.00
(day return)

KK $1,200.00 - $1,300.00 - $1,900.00
(3mlm 4 hari) harga tidak termasuk tempat tinggal
(7/12-10/12/2010)

harga bagi KK - bus 22 seater membayar $55.00 seorang
bus 25 seater membayar $52.00 seorang
bus 44 seater membayar $43.00 seorang

harga bagi MIRI - bus 22 seater $12.80 seorang
bus 25 seater $ 12.00 seorang
bus 44 seater $11.40 seorang

bah kalau OK semua setuju, bagi tau awal untuk menempah bus tersebut.

sekian terima kasih

Tuesday, October 26, 2010

Tahlil Bulanan (Oktober 2010)

Dengan hormat sukacita dimaklumkan bahawa tahlil bulanan bergilir-gilir bagi bulan Oktober 2010 akan diadakan pada tarikh berikut:-

Hari:
Sabtu

Tarikh:
30 Oktober 2010

Jam:
Selepas Sembahyang Isya

Bertempat:
No. 23 Rumah Teres, Simpang 132
Jalan 11
Kampung Lambak Kanan

Sehubungan dengan itu, sukacita memohonkan / menjemput keluarga HHBO hadir ke majlis tersebut dan di atas kehadiran keluarga HHBO ke majlis tersebut tidak lupa diucapkan berbanyak-banyak terima kasih.

Daripada:
Pengiran Idris PHM & Fuziah HH
serta keluarga

Tuesday, October 12, 2010

Media Permata & Borneo Bulletin: Kegiatan AJK MPK STKRJ Lambak Kiri

Ruj: Media Permata Online Isnin, 11 October 2010

Ruj.: Borneo Bulletin Online, Isnin 10 October 2010
http://www.borneobulletin.com.bn/mon/oct11h33.htm


Ruj.: Borneo Bulletin Online, Monday 11 October 2010
http://www.borneobulletin.com.bn/mon/oct11h30.htm

Thursday, September 30, 2010

AJK STKRJ LAMBAK KIRI-RAMAH MESRA RAYA



BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu - Sambutan Hari Raya Aidilfitri sudah hampir ke penghujungnya namun suasana meriah masih lagi dirasai oleh segenap lapisan masyarakat dan penduduk di negara ini.

Malam semalam Ahli Jawatankuasa Majlis Perundingan Kampung STKRJ Kampung Perpindahan Lambak Kiri di bawah Mukim Berakas A mengadakan majlis ramah mesra bersama ahli-ahli jawatankuasa bertempat Restoran Stadium Hassanal Bolkiah Berakas.
Hadir sebagai jemputan khas ialah Haji Ahmad Hussain, Penghulu Mukim Berakas A.

Ketua Kampung STKRJ Haji Hamdani Omar dalam ucapannya melahirkan rasa syukur dapat menunaikan ibadah puasa sebulan sepanjang Ramadan dan sesudah itu menyambut Aidilfitri walaupun secara sederhana tetapi meriah.

Beliau juga mengucapkan terima kasih atas sokongan padu dan kerjasama daripada semua ahli jawatankuasa AJK & MPK sepanjang kalendar tahun 2010.
Majlis seterusnya diserikan dengan nyanyian ramai Selamat Hari Raya yang diketuai Ketua Kampung sendiri. Sejurus itu mereka bersama-sama menikmati hidangan sambil menjamu selera mendengarkan persembahan nyanyian perseorangan dan berkumpulan.


Media Permata pada Khamis 30 September 2010

RAMAH MESRA RAYA EX ARMY


Brunei Ex-Army Personnel Association (PBP) yesterday celebrated "Ramah Mesra Hari Raya Raya" at Teratak Perwira, Anggerek Desa Berakas.
The guest of honour was Col Haji Jofferi from the Royal Brunei Land Force. The event started with a welcoming speech by PW2 (R) Haji Hamdani Omar followed by the performance of Hari Raya songs.
The event also saw a karaoke session presented by former Royal Brunei Land Force's personnel. There was also a lucky draw with many wonderful prizes to be won. The objective of the celebration was to foster closer ties between the members of the Ex-Army Personnel's Association and the family.

Also present were Royal Brunei Land Force senior officers, adviser of Ex-Army Personnel Association Major (R) Haji Karim Sapar.




Borneo Bulletin pada Selasa 28 September 2010.

Monday, September 20, 2010

MUZAKARAH HHBO 2010

Assalammualaikum semua,

Any planning kan mengadakan muzakarah kali ke 6 family HHBO 2010? bila baik ... early oktober bisai jua. n siapa kan ada agenda dapat di buatkan dlm list agenda.

thank you for your cooperation.

Hj Sofian HH

Tuesday, September 14, 2010

Junjung Ziarah Kehadapan Majlis KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Sempena Hari Raya 1431 / 2010

Majlis Junjung Ziarah Kehadapan Majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sempena Hari Raya Aidilfitri 1431H / 2010M bagi Keluarga HHBO telah diadakan pada Raya ke-3, Hari Ahad, 12 September 2010, jam 8.00 pagi bertempat di Istana Nurul Iman, Bandar Seri Begawan.